THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, October 21, 2008

Bagaimana untuk mendapatkan hati yang bersih.

Bagaimana untuk mendapatkan hati yang bersih.


1- Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir hati
terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara
kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.


2- Hendaklah hati itu sentiasa kita gunakan bagi
merenung dan mengkaji ayat atau pun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati
ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di-
sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit


3- Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan
ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi
keteguhan dan kebersihan hati.



--Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

0 comments: