THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 13, 2008

Kesabaran adalah jalan yg terbaik

JIKA kita sayang dengan sesuatu kita akan mengejarnya. Demikian juga dengan agama. Jika kita sayang dengan agama, kita akan memeliharanya. Kita letak di tempat yang paling baik, disimpan secara berhati-hati dan sudah pasti kita mahu orang lain merasai juga kebaikan itu.Alangkah indahnya andai kata kita jatuh hati dengan Islam.

Alangkah indahnya jika kita kasih dengan Islam, sebab andai kata kasih dengan Islam, kita kasih dengan satu cara hidup yang akan menjadikan kita Insyaallah cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara tanda kita kasih dengan agama ialah hendak sebarkan agama ini supaya orang lain mengenali Islam.Jika mempunyai rakan yang bukan Islam kita mahu mereka mengenali Islam.Demikian juga jika kita mempunyai sanak saudara yang mungkin membenci Islam ataupun tidak menyenangi apabila bercakap mengenai Islam kepadanya.

Kita mahu satu hari nanti dia mempunyai pandangan sebaliknya daripada apa yang dimiliki pada hari ini. Diharapkan suatu hari nanti dia akan jatuh cinta dengan Islam.Jiwa seperti ini akan ada pada jiwa insan yang kasih pada Islam.

0 comments: